Kepentingan penerapan kualiti sebagai penentu persaingan di peringkat global / Syed Zamberi Ahmad and Abu Bakar Mohd Yusof

Ahmad, Syed Zamberi and Mohd Yusof, Abu Bakar (2002) Kepentingan penerapan kualiti sebagai penentu persaingan di peringkat global / Syed Zamberi Ahmad and Abu Bakar Mohd Yusof. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Persaingan global telah memberikan cabaran di peringkat pengurusan kepada Malaysia dari pelbagai segi. Tindakan yang tepat dalam mengharunginya perlu diambil. Kertas ini membincangkan kepentingan penerapan kualiti sebagai penentu dalam berhadapan dengan perniagaan di peringkat global. Keperluan yang mendesak dalam mencapai tingkat kualiti yang tinggi amat kritikal tidak kira dalam bidang teknologi pembuatan mahupun dalam bidang perkhidmatan. Perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat telah memberikan tamparan hebat kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara. Keupayaan dalam menghasilkan barangan dengan kos yang rendah bukan lagi merupakan faktor utama kejayaan sesebuah syarikat. Ini kerana pesaing-pesaing lain juga mempunyai kelebihan teknologi yang sama malah lebih baik dari yang sedia ada. Bagi para pelanggan pula, mereka lebih peka dan lebih berpengetahuan dalam membuat perbandingan. Keupayaan serta kebebasan dalam membuat pilihan tidak lagi terbatas. Justeru itu, syarikat-syarikat kini perlu lebih memberikan penekanan kepada kepentingan kualiti barang dan perkhidmatan selepas jualan bagi membezakan keistimewaan kelebihan syarikat berbanding syarikat lain. Kertas kerja ini akan mengupas penumpuan terhadap kepentingan kualiti sebagai satu proses yang menyeluruh dan berterusan dalam berhadapan dengan persaingan di peringkat sejagat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Syed Zamberi
UNSPECIFIED
Mohd Yusof, Abu Bakar
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 13-18
Keywords: Kualiti, persaingan global, piawaian
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73266
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73266.pdf] Text
73266.pdf

Download (3MB)

ID Number

73266

Indexing

Statistic

Statistic details