Abstract
Pertumbuhan pesat sains dan teknologi masa kini telah melahirkan pelbagai ciptaan yang boleh dikatakan adalah mustahil ianya boleh dihasilkan. Namun dalam arus kemodenan yang penuh dengan ciptaan sains dan teknologi ini, ia tidaklah mustahil atau asing bagi kita semua. Salah satu daripadanya yang ingin kami ketengahkan di sini ialah perusahaan otomobil daripada industri automotif. Industri ini merupakan salah satu daripada industri yang telah menaikkan nama negara kita di mata dunia. Kita Malaysia mula melonjak namanya setelah terciptanya kereta buatan sendiri yang bermula dengan PROTON SAGA daripada Perusahaan Automobil Nasional Malaysia pertama. Bermula dari situ industri automotif telah muncul dan berkembang pesat di Malaysia. Industri ini mula mendapat nama dan semakin pesat dari semasa ke semasa. Sehingga ke hari ini, satu lagi perusahaan berteraskan otomobil telah muncul yang dikenali sebagai Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA ). Syarikat PERODUA ini memulakan operasinya pada tahun 1991. PERODUA mula menapakkan kejayaannya dengan produk dan keluaran kenderaan pertamanya yang di kenali sebagai PRODUA KANCIL. Kejayaan ini hasil sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai tidak kira dari dalam dan luar negara. Ini menunjukkan negara kita sebenarnya telah semakin maju seiring dengan kemodenan dan sejajar dengan era sains dan teknologi kini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jusoh, Ahmad Saimi 96661986 Ramli, Shahril Nadzmil 96809812 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kamarul Baharin, Zainal UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QC Physics > Acoustics. Sound |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Sistem transmisi insani, fungsi cekam, industri automotive |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73262 |
Download
73262.pdf
Download (175kB)