Abstract
Laporan projek tahun akhir ini memaparkan hasil kajian penggunaan komputer di makmal komputer Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Teknik persampelan kerja iaitu suatu kaedah statistik telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan efisiensi penggunaan sumber (makmal dan komputer). Cara bagaimana mengoptimumkan penggunaan sumber yang sedia ada juga diterangkan dalam laporan ini untuk rujukan pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Kajian penggunaan komputer ini telah dijalankan dalam jangkamasa 5 bulan. Komputer - komputer yang terdapat dalam makmal komputer FKM telah dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor A (merupakan komputer yang dikhaskan untuk kegunaan pensyarah dan kakitangan), sektor B dan C (kedua-dua sektor ini merupakan komputer yang digunakan oleh pelajar). Prestasi penyelenggeraan komputer yang rosak juga dianalisa dalam kajian ini. Keseluruhan keputusan kajian telah dibentangkan dalam bentuk jadual dan carta bar bagi memudahkan penganalisaan dilakukan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Ahmad Nizar 96390749 Mohamad Yusof, Mohamad Nuzul 96751198 Ramli, Rosdan 96894742 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Bahari, Md. Fuad UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Mathematical statistics. Probabilities |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Persampelan kerja, penggunaan sumber, kegunaan pensyarah dan kakitangan |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73232 |
Download
73232.pdf
Download (139kB)