Webinar stress: anda tertekan tanpa anda sedar / Azlina Mohd Mydin

Mohd Mydin, Azlina (2022) Webinar stress: anda tertekan tanpa anda sedar / Azlina Mohd Mydin. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Jabatan Sains Komputer dan Matematik, (JSKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu seminar antarabangsa atas talian (webinar) bagi membincangkan isu-isu kesihatan melibatkan keresahan dan ketegangan perasaan yang sangat relevan dengan situasi pandemik/endemik yang sedang dilalui seantara dunia. Webinar ini bertajuk ‘Stress! Anda Tertekan Tanpa Anda Sedar’ dilaksanakan pada 25 Mac 2022 (Jumaat) selama dua jam, termasuk sesi soal jawab. Penceramah utama webinar ini merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dengan pengalaman melebihi dua puluh tahun (20) di United Kingdom. Beliau ialah Dr. Badrul Hisham Esa, yang merupakan seorang ‘Principal General Practitioner’ di bawah National Health Service (NHS-UK). Beliau juga merupakan seorang ahli Royal College of General Practitioner (MRCGP) dan British Medical Association (BMA). Webinar ini dimulakan tepat pada masa jam 3 petang pada 25 Mac 2022. Seramai 200 ke 230 orang telah bersama-sama mendengar webinar ini menerusi Live Event di Facebook Jabatan Sains Komputer dan Matematik. Penceramah kedua merangkap moderator adalah En. Zulhairi Ibrahaim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Beliau bersama penceramah jemputan Dr. Badrul Hisham Esa membincangkan dan mengulas topik webinar ini dengan jelas dan menarik agar para pendengar mendapat penjelasan yang baik. Pelbagai contoh situasi dan cara pengendalian situasi tersebut juga dibincangkan. Penceramah juga memberi panduan bagi mengawal stess dalam apa jua situasi. Webinar ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Mydin, Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73202
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73202.pdf] Text
73202.pdf

Download (339kB)

ID Number

73202

Indexing

Statistic

Statistic details