Program kerjasama STEM: Lets Learn Interactively (2) JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama PPKI SMK Tasek Gelugor / Azlina Mohd Mydin

Mohd Mydin, Azlina (2022) Program kerjasama STEM: Lets Learn Interactively (2) JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama PPKI SMK Tasek Gelugor / Azlina Mohd Mydin. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Pada 12 September 2022Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu program kerjasama dengan SMK Tasek Gelugor. Program kerjasama “Stem: Lets Learn Interactively (2)” ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh warga JSKM. Pada tahun ini, program ini diteruskan bersama-sama pelajar PPKI SMK TASEK GELUGOR. Seperti biasa pelbagai aktiviti yang menarik dirancang untuk murid-murid PPKI ini dan ianya dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Murid-murid akan dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk memastikan penjarakan sosial antara fasilitator, murid dan guru. Semua fasilitator, murid dan guru juga digalakkan untuk memakai topeng muka. Seramai 32 org pelajar PPKI dan 16 orang fasilitator terlibat dalam program kali ini. Kali ini, 4 aktiviti yang dirancang adalah bernama ‘WHO AM I?’, InCeS, TeKnow dan Ketingting. Semua aktiviti ini adalah aktiviti belajar sambil bermain. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar PPKI terhadap pelajaran. Kesemua permainan ini adalah produk inovasi dalam pembelajaran yang boleh diguna pakai oleh para pelajar tersebut. Kesemua pelajar bermain dalam kumpulan kecil dan dapat bermain keempat-empat permainan inovasi ini. Program STEM yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman staf JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang disamping dapat menjalinkan hubungan komuniti bersama pihak sekolah. Dengan adanya program sebegini, staf dapat berkongsi kepakaran mereka bersama-sama murid-murid PPKI di SMK TASEK GELUGOR. Murid-murid pula dapat memperoleh dan menambah ilmu berkaitan teknologi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Mydin, Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73200
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73200.pdf] Text
73200.pdf

Download (3MB)

ID Number

73200

Indexing

Statistic

Statistic details