Jika hendak memilih pemimpin / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2023) Jika hendak memilih pemimpin / Rofiza Aboo Bakar. e-Lingua, 1. ISSN 2600-7134
Abstract

Ketika sedang beratur panjang menunggu giliran untuk mengundi pada hari Sabtu bersamaan lg November, 2022, sempataku coretkan lima rangkap pantun sebagai panduan bagi diriku memilih pemimpin. Sudikan membacanya.

SATU
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin berwarna merah
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin pencipta sejarah

DUA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin kuning langsat
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin tidak mengkhianat

TIGA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin dijahit Mak Iti
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin yang berintegriti

EMPAT
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin sulaman Mak Munah
Jika hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin yang amanah

LIMA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin dijahit Cik Noni
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin akhlaknya murni

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73117.pdf]
Text
73117.pdf
Download (21kB)
Indexing & Metrics