Abstract
Ketika sedang beratur panjang menunggu giliran untuk mengundi pada hari Sabtu bersamaan lg November, 2022, sempataku coretkan lima rangkap pantun sebagai panduan bagi diriku memilih pemimpin. Sudikan membacanya.
SATU
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin berwarna merah
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin pencipta sejarah
DUA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin kuning langsat
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin tidak mengkhianat
TIGA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin dijahit Mak Iti
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin yang berintegriti
EMPAT
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin sulaman Mak Munah
Jika hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin yang amanah
LIMA
Kalau hendak memakai sampin
Pakailah sampin dijahit Cik Noni
Jika hendak memilih pemimpin
Pilih pemimpin akhlaknya murni
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay poetry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Volume: | 1 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73117 |