Abstract
Teori kabur yang diperkenalkan oleh Zadeh pada tahun 1965 sudah mula mendapat perhatian ramai dan digunakan untuk masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh mantik dua nilai. Teori kabur merupakan mengitlakan pencirian dua nilai 0 dan 1 kepada pencirian dalam selang [0,1]. Penyelesaian menggunakan teori kabur dapat mewakilkan cara manusia berfikir dengan lebih baik yang tidak mementingkan nilai berangka yang tepat, tetapi dalam perwakilan linguistik yang sesuai walaupun nilainya adalah dalam bentuk anggaran. Salah faham sering berlaku apabila teori kabur digunakan. Antara tanggapan salah yang diberikan adalah teori kabur bersandarkan kepada matematik longgar dan tidak teguh. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan sebutan "kabur" hanya untuk menarik perhatian ramai, namun tidak mempunyai struktur ilmu yang mantap. Sebenarnya, mengikut Zadeh, kekuatan sesuatu konsep tidak semestinya terletak pada teori yang kukuh, tetapi sejauh mana konsep tersebut dapat dimanfaatkan. Menurut beliau, teori kabur adalah konsep dan kaedah yang menyediakan kerangka yang sistematik untuk menangani isu kesamaran dan ketaktepatan maklumat yang wujud dalam proses pemikiran manusia. Banyak maklumat yang diproses dipersembahkan dalam bentuk linguistik yang mudah difahami berbanding dengan nilai berangka yang memerlukan penafsiran lanjut
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Daud UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | Teori kabur, syarahan, mantik |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73019 |