Program “Preparing Your Battle: Guide on Interview” melahirkan graduan pilihan majikan / Jaida Najihah Jamidin ... [et al.]

Jamidin, Jaida Najihah and Idris, Noor Aisyah and Januri, Siti Sarah and Md Yasin, Zaitul Anna Melisa and Mohd Shafie, Siti Aishah (2022) Program “Preparing Your Battle: Guide on Interview” melahirkan graduan pilihan majikan / Jaida Najihah Jamidin ... [et al.]. Buletin ICAN: 26. pp. 52-54. ISSN 2811-3802

Abstract

Temuduga merupakan satu proses untuk sesebuah majikan menyaring dan menilai calon pekerja yang akan berkhidmat serta menerajui syarikat. Majikan perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon. Personaliti calon seperti kematangan dan kejujuran calon juga dapat dilihat melalui proses temuduga ini. Sebagai satu inisiatif bagi membantu pelajar untuk membuat persediaan awal ke alam kerjaya, Persatuan Insight Statistics Seremban 3 (INSTATS3) dengan kerjasama Jawatankuasa Aktiviti Pembangunan Pelajar Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan, FSKM UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah berjaya mengadakan webinar bertajuk "Preparing Your Battle: Guide on Interview" yang telah diadakan pada 23 Jun 2022 melalui platform Google Meet. Penceramah yang dijemput khas bagi webinar ini adalah Puan Nurul Syuhada binti Ahmad Tajodin yang juga merupakan alumni Universiti Teknologi MARA. Beliau merupakan Pengurus Sumber Manusia di Nutrition Technologies Sendirian Berhad.Beliau yang merupakan penerima pekerja terbaik “Payroll Accuracy” juga telah berjaya mengurangkan ketidakhadiran pekerja di syarikat pada tahun 2020 dan berjaya menggabungkan syarikat mengikut “License Manufacturing Warehouse” piawaian oleh Kastam Diraja Malaysia dari tahun 2015 hingga 2017. Pengalaman beliau di dalam bidang sumber manusia sangat berharga untuk dikongsi bersama pelajar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamidin, Jaida Najihah
UNSPECIFIED
Idris, Noor Aisyah
UNSPECIFIED
Januri, Siti Sarah
UNSPECIFIED
Md Yasin, Zaitul Anna Melisa
UNSPECIFIED
Mohd Shafie, Siti Aishah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > College graduates
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Page Range: pp. 52-54
Keywords: Temuduga, alumni, Kastam Diraja Malaysia, FSKM, UiTM, Negeri Sembilan
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72928
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72928.pdf] Text
72928.pdf

Download (1MB)

ID Number

72928

Indexing

Statistic

Statistic details