Abstract
Buku ini sengaja ditulis secara mudah dan santai bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa PG, dengan menyediakan beberapa tip yang dapat membantu PG dalam menghadapi ranjau yang mendatang. Buku ini diolah sebegini cara bagaikan saya sedang berbincang, berbicara dengan PG. Intipatinya berasaskan pengalaman saya sebagai penilai dalam/luar tesis pasca-siswazah, pengajar dan penyelia. Harapan saya semoga semua PG dapat menghadam dan mengamalkan isi kandungan buku ini sebagai salah satu wadah dalam menyempurnakan pengajian dengan jayanya. Insya-Allah, saya mendoakan semoga semua PG dapat menghasilkan tesis yang bermutu di samping memperoleh segulung ijazah yang bergelar PhD. Perlu diingat, Allah sentiasa membantu kita selagi mana kita sentiasa berusaha dengan gigih, tekun, berdoa dan bertawakal. Jangan lupa bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan. Insya-Allah akan dipermudahkan-Nya. Selamat belajar dan selamat maju jaya.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Daud, Norzaidi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | PhD, petua, lulus |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72923 |