Abstract
Sambutan hangat yang diterima di Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis (VSSPT 1.0 dan VSSPT 2.0) membuatkan pihak Star Excellent Resource (sebelum ini Inspiwriter Academy Ventures) meneruskan program mega tahunan yang dinamakan “Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis (VSSPT)”. VSSPT merupakan sebuah seminar akademi secara dalam talian berbentuk rakaman. Jika VSSPT 1.0 dan 2.0 menampilkan lebih dari 30 orang panel, VSSPT 3.0 hanya melibatkan 11 orang panel, dengan 12 topik yang lebih memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dunia pengajian tinggi dan penulisan kajian. VSSPT 3.0 kali ini bertemakan “Road to Proposal Defence” yang memberi fokus kepada penyediaan kertas cadangan kajian. Kumpulan sasaran utama VSSPT 3.0 adalah pelajar pasca siswazah baharu yang baru mendaftar dan bakal pendaftar pengajian Master dan PhD dengan tumpuan kepada siswazah sains sosial dalam dan luar negara. Tujuan program ini bagi membantu pelajar pasca siswazah mendapatkan maklumat yang strategik dan taktikal dalam dunia penulisan tesis, khususnya penulisan kertas cadangan kajian. Usaha ini mengumpulkan input daripada para panel yang terdiri daripada pakar bidang. Tidak seperti VSSPT 1.0 dan 2.0 yang menampilkan 30 panel dengan 31 topik kuliah, kelainan yang dibawakan dalam VSSPT 3.0 ini hanya menampilkan 11 panel dengan 12 topik khusus yang melibatkan topik teknikal, motivasi, dan sokongan. Topik kuliah disusun bagi memberikan pengenalan dunia penyelidikan serta perkara asas berkait teknikal dalam penulisan tesis, juga diselit kuliah motivasi dan sokongan bagi mengukuhkan kefahaman peserta memahami dunia pengajian tinggi Master dan PhD dan keperluan tesis.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mustapha, Wan Zumusni UNSPECIFIED Yahaya, Tiny Azleen UNSPECIFIED Abdul Kadir, Romaizah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Independent study P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Page Range: | pp. 49-51 |
Keywords: | Tesis, VSSPT, teknikal, motivasi |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72921 |