Abstract
Himpunan kisah benar ini diceritakan oleh penulis yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan. Pengalaman berkhidmat sebagai doktor selama hampir 20 tahun dalam bidang Perubatan Kecemasan dan Trauma telah memberi pelbagai pengalaman pahit manis dan getir cabaran dari dalam zon resusitasi bilik rawatan kecemasan tatkala bertarung kudrat pada saat antara hidup dan mati sehinggalah menjangkau ke luar dinding hospital. Kisah-kisah benar yang dikongsi dalam buku ini dipilih dengan cermat dan berkisar khusus tentang situasi krisis. Penulis telah sedaya upaya cuba merakam semua pergolakan dan memberikan perspektif sebenar dalam konteks jujur tentang apa yang bermain di fikiran dan emosi apabila cuba untuk menyelesaikan setiap situasi. Jarang sisi emosi dan kehidupan jujur seorang perawat dikongsi dan difahami oleh masyarakat. Selama ini, masyarakat hanya tahu tentang fakta kejadian seperti insiden, statistik angka kematian, kenyataan rasmi oleh pihak penyelamat dan sebagainya. Jarang masyarakat dapat menyelami apa yang bermain di benak fikiran dan perasaan perawat dan penyelamat.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Idrose, Alzamani UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QM Human anatomy > Vascular System R Medicine > RA Public aspects of medicine > Communicable diseases and public health |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | Degup, jantung, kecemasan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72907 |