Abstract
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, shalawat dan salam kepada junjungan besar Baginda SAW, ahli keluarga, seluruh sahabat dan muslimin muslimat yang dimuliakan. Projek penulisan SUKMA 2021 merupakan inisiatif kumpulan RIG Suara Kreatif Madani (SUKMA) yang terdiri daripada pensyarah ACIS, sementara AJK pengurusannya turut melibatkan pensyarah fakulti lain yang bergandingan usaha menjadikan projek ini satu kenyataan. Industri penulisan kreatif tidak pernah suram kerana masyarakat sentiasa dahagakan penulisan yang bermanfaat, dekat di hati, menyentuh perasaan dan memberi pengajaran. Tiga bentuk penulisan hasil daripada Projek SUKMA 2021 telah memberi ruang dan peluang kepada para penulis untuk berkongsi pengalaman, bakat dan iktibar kepada para pembaca. Para penulis dalam projek ini merupakan warga UiTM sendiri, terdiri daripada pensyarah, staf sokongan dan juga pelajar. Hasilnya, dari kita untuk kita pastinya lebih dekat dan banyak cerita kenangan yang pasti menyentuh jiwa. Tahniah kerana projek RIG SUKMA 2021 ini kerana telah berjaya menghasilkan 55 karya anekdot/memoir, 20 cerpen dan 79 puisi yang telah dimuatkan dalam tiga buku sulung mengikut temanya. Akhir kata, semoga projek penulisan SUKMA 2021 ini dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi satu ilmu jariah yang ditinggalkan buat para pembaca. Teruskan berkarya - tulis dari hati, akan sampai ke hati.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zikri, Solihah Yahya UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay poetry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | Puisi, rencah, kampus |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72905 |