Teknik bacaan pantas dan perkongsian alumni / Faddliza Mohd Zaki ... [et al.]

Mohd Zaki, Faddliza and Jamin, Jashira and Nasharudin, Nurhidayah and Mohamad Ramli, Ahmad Azman and Shahrul Asari, Seri Intan Idayu (2022) Teknik bacaan pantas dan perkongsian alumni / Faddliza Mohd Zaki ... [et al.]. Buletin ICAN: 13. pp. 23-24. ISSN 2811-3802

Abstract

Alumni merupakan siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Sumbangan alumni terhadap sesebuah universiti tidak dapat dinafikan lagi dengan kerjasama dan kolaborasi yang dilakukan antara universiti dan alumni. Pengalaman dan ilmu yang dimiliki alumni boleh dikongsi bersama para pelajar di universiti dan ini membolehkan para pelajar menghayati dengan lebih jelas apa yang boleh dipraktikkan semasa pengajian atau ketika menempuh alam pekerjaan selepas bergraduat. Ini selaras dengan fungsi ‘Alumni Network Center (ANC)’ di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dimana salah satu fungsinya adalah memaksimakan modal sosial alumni melalui aktiviti akademik, aktiviti bersama pelajar dan khidmat masyarakat (UiTM, 2022). Menyedari peranan alumni dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar universiti, Fakulti Pengajian Maklumat UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan aktiviti melibatkan alumni dan fakulti. Aktiviti ini diplotkan di bawah program yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat hampir setiap semester iaitu program ‘Student Transformation to an Excellence Phase (STEP)’. Program ini merupakan program yang berterusan tetapi tema ‘Teknik Bacaan Pantas dan Perkongsian Alumni’ adalah aktiviti ‘one off’ di mana tema aktiviti akan berubah pada setiap semester penganjuran program STEP.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zaki, Faddliza
UNSPECIFIED
Jamin, Jashira
UNSPECIFIED
Nasharudin, Nurhidayah
UNSPECIFIED
Mohamad Ramli, Ahmad Azman
UNSPECIFIED
Shahrul Asari, Seri Intan Idayu
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Page Range: pp. 23-24
Keywords: Bacaan pantas, alumni, Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM, Negeri Sembilan, Rembau
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72896
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72896.pdf] Text
72896.pdf

Download (4MB)

ID Number

72896

Indexing

Statistic

Loading...

Statistic details