Dasar pengkomersialan harta intelek / Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM)

Hamzah, Fazlena (ed.). Dasar pengkomersialan harta intelek / Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM). 2021 ed. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-816-1

Abstract

Saya merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat di dalam semakan dan penerbitan Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Universiti Teknologi MARA Edisi 2021 ini. Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Universiti Teknologi MARA Edisi 2021 ini menyediakan maklumat, garis panduan dan prosedur pengurusan bagi pengkomersialan harta intelek yang komprehensif termasuk hal-hal berkaitan agihan hasil pengkomersialan. Dasar ini penting bagi menyokong hasrat UiTM untuk memperkasakan produk dan inovasi daripada penyelidik UiTM melalui aktiviti pengkomersialan di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Dasar ini juga merupakan pemangkin bagi menyokong strategi untuk menggalakkan pengkomersialan harta intelek seperti yang terkandung dalam Dasar Harta Intelek Negara dan juga Program Tranformasi Universiti (UNiTP). Ketetapan pengkomersialan universiti yang lengkap digariskan dalam dasar ini untuk menfaat penyelidik UiTM dalam mentransformasikan inovasi kepada produk tanpa mengabaikan integriti sebagai ahli akademik. Penyelidikan, inovasi dan produk yang dihasilkan oleh warga UiTM diharap dapat menyumbang kepada universiti, dimanfaatkan oleh masyarakat dan untuk pembangunan industri yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi.

Metadata

Item Type: Book
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: pengkomersialan, harta, intelek
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72879
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72879.pdf] Text
72879.pdf

Download (471kB)

ID Number

72879

Indexing

Statistic

Statistic details