Dasar harta intelek edisi 2021 / Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM)

Universiti Teknologi MARA, Business Innovation & Technology Commercialization Centre (2022) Dasar harta intelek edisi 2021 / Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM). 2021 ed. UiTM Press, Shah Alam, Selangor. ISBN 9789673638154

Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah universiti utama di Malaysia yang aktif menjalankan berbagai projek penyelidikan dan secara langsung menghasilkan banyak produk reka cipta dan inovasi. Bagi memanfaatkan hasil penyelidikan ini, adalah amat penting untuk reka cipta dan produk inovasi ini diberi perlindungan di bawah undang-undang harta intelek. Umum mengetahui harta intelek amat penting untuk pertumbuhan ekonomi dan sosial, bukan sahaja di negara kita, malah di peringkat global. Oleh yang demikian, tujuan utama Dasar Harta Intelek UiTM (DHI UiTM) ini adalah untuk menggalakkan penghasilan harta intelek yang berterusan di UiTM dengan menyediakan kaedah dan garis panduan yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan harta intelek di UiTM iaitu, staf, pelajar, rakan kerjasama dan pemegang taruh lain yang berkenaan. DHI UiTM ini menggariskan hak dan kepentingan UiTM sebagai pemilik harta intelek dan pada masa yang sama memperakukan dan memberikan manfaat yang wajar kepada staf, pelajar dan rakan kerjasama sebagai pencipta, pereka atau penulis yang menghasilkan produk inovasi atau sesuatu karya harta intelek tersebut. DHI UiTM ini juga mewujudkan satu unit khas di bawah tadbir urus pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) iaitu Business Innovation and Technology Commercialisation (BITCOM) yang diberi amanah menguruskan permohonan perlindungan harta intelek dan menyelenggara semua harta intelek UiTM di bawah skop pemakaian DHI UiTM ini. Dengan pengurusan harta intelek yang efektif, pengkomersialan dan eksploitasi hasil penyelidikan UiTM yang mampan dan berimpak tinggi akan dapat dicapai.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Universiti Teknologi MARA, Business Innovation & Technology Commercialization Centre
bitcom@uitm.edu.my
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law > Intellectual property
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: Dasar, harta, intelek
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72877
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72877.pdf] Text
72877.pdf

Download (533kB)

ID Number

72877

Indexing

Statistic

Statistic details