Abstract
Dengan bertemakan ‘Klasik Tradisional’, Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) 2022 telah diadakan pada 14 Disember 2022 bertempat di Dewan Besar UiTMCPP, Permatang Pauh. Pada tahun ini sebanyak lima pasukan terdiri daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak, Pejabat Bendahari, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Infostruktur dan Pejabat Polis Bantuan telah bergabung tenaga untuk menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) sebagai tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Rektor UiTMCPP, Prof. Madya Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Azizah Abdullah. Bersempena dengan majlis ini, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah meraih tempat ke 4 bagi Anugerah Pencapaian Strategik 2021 Kategori Jabatan. Di samping itu, dua pensyarah dari APB iaitu Puan Maizatul Akmal Ahmad Mokhzan dan Puan Melati Desa telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Segmen Majlis Jasamu Dikenang turut diadakan bagi menghargai sumbangan pensyarah yang telah bersara pada tahun 2021 dan 2022 dan penerima dari APB ialah Encik Liaw Shun Chone, Encik Lim Soo Giap, dan juga Prof. Madya Dr. Rushita Ismail.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Muriatul Khusmah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72858 |