Abstract
Program 'Sasterawan di Universiti' merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya generasi milenial. Program ini merupakan satu batu loncatan untuk mengukuhkan Dasar Sastera Kebangsaan agar sastera dipandang tinggi dan tidak dipinggirkan oleh masyarakat. Para Sasterawan Negara ditempatkan di universiti-universiti terpilih dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan berbesar hati menerima kehadiran Sasterawan Negara yang ke-12, Dato' Baha Zain sebagai sasterawan di UiTM. Demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dan UiTM, Pusat Pengajian Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), telah menerbitkan Antologi Puisi Kalam Insan, yang merupakan himpunan karya puisi yang dihasilkan oleh warga UiTM dengan bertemakan 'Memanusiakan Manusia'. Sebuah karya puisi khas dari Dato' Baha Zain turut dimuatkan di dalam buku ini, selain beberapa lagi karya daripada penulis-penulis tamu seperti Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik; Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim; Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal Haji Harun; Dekan FiTA, Y.Bhg. Dato' Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen dan Penyair Tersohor, Dato' Dr. Ibrahim Ghaffar.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Fishah UNSPECIFIED Atiqah, Ainaa UNSPECIFIED Suryani, Zara UNSPECIFIED Haris, Anira UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | puisi, memanusiakan, manusia |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72848 |