Abstract
Buku ini memberikan sekilas pandang tentang pelan kerjaya dalam bidang akademik. Pepatah ada menyatakan bahawa "pengalaman adalah guru yang terbaik" tepat menggambarkan penulisan buku ini. Selepas lebih daripada tiga dekad berkecimpung dalam akademia, saya terpukul untuk menulis dan berkongsi perspektif yang pelbagai berkaitan dengan kerjaya dalam bidang akademik serta cara untuk membina kerjaya tersebut dengan lebih jaya. Perspektif yang dikongsikan ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya sendiri, malah juga dari pelbagai tahap dan bidang masyarakat. Penulisan ini bukan hanya untuk berkongsi pengalaman, tetapi juga panduan dan realiti dalam bidang akademik agar mereka yang membaca buku ini akan mendapat manfaat. Pemikiran kritis dan kreatif yang diperlukan sewaktu menulis buku ini telah memperkukuh motivasi dan tekad saya dalam bidang ini. la juga lebih meyakinkan saya bahawa pilihan yang dibuat untuk menceburi bidang akademik pada suatu waktu dahulu adalah sangat tepat.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kassim, Mohd Azraai UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | Kerjaya, akademia, membina |
Collections: | UiTM Vice Chancellor |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72846 |