Penjagaan dan pemulihan jantung / Artini Dzolkarnaini, Nadia Mohd Mustafah and Nur Nadia Abd Rahim

Dzolkarnaini, Artini and Mohd Mustafah, Nadia and Abd Rahim, Nur Nadia Penjagaan dan pemulihan jantung / Artini Dzolkarnaini, Nadia Mohd Mustafah and Nur Nadia Abd Rahim. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-622-8

Abstract

Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas keizinan-Nya buku ini berjaya dihasilkan untuk manfaat pesakit jantung. Terbitnya idea untuk menghasilkan buku ini adalah gabungan perbincangan bersama kakitangan dalam Jabatan Perubatan Pemulihan di Pusat Pakar Perubatan UiTM. Pelbagai persoalan tentang penyakit jantung dan penjagaan kesihatan selepas serangan jantung telah dibincangkan bersama pesakit yang telah mendorong kami untuk menerbitkan buku khas bagi panduan pesakit dan ahli keluarga pesakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyebab kematian yang pertama di Malaysia dengan jumlah kematian pada tahun 2018 seramai 13,503 orang (13.9% daripada jumlah kematian di Malaysia tahun itu), peningkatan 0.7% berbanding tahun sebelumnya. Bagi pesakit jantung yang berjaya diselamatkan, Program Pemulihan Jantung telah terbukti berjaya menurunkan kadar kemasukan semula ke dalam wad akibat komplikasi penyakit jantung, sekali gus mengurangkan kadar kematian. (Pengurangan berat badan, tekanan emosi dan paras kolesterol merupakan kesan-kesan positif daripada program ini). Setiap topik yang ditulis di dalam buku ini merupakan sumbangan daripada pelbagai pakar dalam topik perbincangan. Diharapkan buku ini bukan sahaja dapat berkongsi tentang gaya hidup sihat selepas serangan dan rawatan jantung bersama pesakit, malah dapat membantu keluarga pesakit dalam memahami penyakit jantung serta cara-cara untuk menjaga kesihatan jantung.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Dzolkarnaini, Artini
UNSPECIFIED
Mohd Mustafah, Nadia
UNSPECIFIED
Abd Rahim, Nur Nadia
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QP Physiology > Heart
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: penjagaan, pemulihan, jantung
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72845
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72845.pdf] Text
72845.pdf

Download (955kB)

ID Number

72845

Indexing

Statistic

Statistic details