Kajian impak bangunan kawasan persingahan lebuhraya: kajian kes Rawang dan Seremban / Abdul Hanif Harun

Harun, Abdul Hanif (1996) Kajian impak bangunan kawasan persingahan lebuhraya: kajian kes Rawang dan Seremban / Abdul Hanif Harun. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Perancangan kawasan pusat persinggahan lebuhraya adalah merupakan satu fenomena baru di Malaysia. Perlaksanaannya dan tahap keberkesanan penyediaannya adalah menjadi tanggungjawab pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan di dalam memberikan perkhidmatan yang seoptimum mungkin kepada pengguna lebuhraya. Berdasarkan kepada perancangan yang dijalankan oleh Pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan pembangunannya adalah untuk mengelompokkan dan mengintegrasikan sosiobudaya sesuatu tempat. Fenomena yang berlaku sekarang dimana terdapatnya aktiviti-aktiviti penjaja haram disepanjang lebuhraya yang mengancam keselamatan pengguna lebuhraya serta mencacatkan permandangan lebuhraya itu sendiri. Seperti yang diketahui, aktiviti yang dirancangkan di pusat persinggahan lebuhraya adalah untuk memberikan perkhidmatan kemudahan kepada pengguna dari aspek fisiologi dan saikologi pengguna semasa membuat perjalanan. Konsep perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kawasan rehat disamping mewujudkan sebuah kawasan rekreasi baru. Walaupun begitu, tahap keberkesanan penyediaannya masih lagi diragui, adakah kemudahan yang dirancangkan ini benar-benar mencapai tahap keberkesanan penggunaannya melalui aspek saikologi, sosiologi dan fisiologi pengguna lebuhraya.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Abdul Hanif
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Ibrahim, Wan Salleh
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: bangunan, lebuhraya, persingahan
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72789
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72789.pdf] Text
72789.pdf

Download (118kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

72789

Indexing

Statistic

Statistic details