Abstract
Pada tarikh 2 September 2022, hari Jumaat, bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari, seramai 13 orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Puan Noor Faraliza binti Samsudin (Ketua Pusat Pengajian Fakulti) telah mengadakan lawatan ke sebuah institusi pendidikan agama persendirian yang bernama Madrasah Az Zakirin yang terletak di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Madrasah ini dimiliki dan diuruskan oleh individu yang bernama Ustaz Zakaria bin Talib dan mula beroperasi pada tahun 2007. Setakat ini madrasah mempunyai seramai 20 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan menyediakan pengajian mata pelajaran agama seperti hafazan Al-Quran, pengajian kitab Islam dan ilmu kemahiran hidup seperti bercucuk tanam dan penternakan. Madrasah ini menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajarnya. Disamping itu, madrasah ini juga menyediakan kelas-kelas pengajian agama kepada para penduduk sekitar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED Samsudin, Noor Faraliza UNSPECIFIED Md Yatim, Norhidayu UNSPECIFIED Noordin, Siti Khairiyah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Page Range: | pp. 6-7 |
Keywords: | Khidmat masyarakat, perundingan, Madrasah Az Zakirin, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72753 |