Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan sumbang tenaga bantu mangsa banjir / Mohd Zulhilmi Mohd Yunus ... [et al.]

Mohd Yunus, Mohd Zulhilmi and Ahmad, Muhamad Affandi and Rosham, Muhamad Sadiq Nazri and Mohd Sabri, Al Ariff Johan (2022) Mahasiswa UiTM Negeri Sembilan sumbang tenaga bantu mangsa banjir / Mohd Zulhilmi Mohd Yunus ... [et al.]. Buletin ICAN: 2. p. 3. ISSN 2811-3802
Abstract

UiTM amat fokus dalam pembentukan mahasiswa bumiputera yang tangkas dan profesional. Penerapan nilai – nilai excellence/kecemerlangan, synergy/ sinergi, integrity/integriti (ESI) terhadap mahasiswa melalui pelaksanaan program – program kesukarelawan terbukti akan menyumbang kepada peningkatan kemahiran insaniah yang bukan hanya diperoleh dari proses pengajaran dan pembelajaran yang formal sahaja. Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam pasukan misi pasca banjir juga melengkapkan keperluan pengajian pelajar di bawah kursus kokurikulum berkredit melalui program Service Learning for Malaysian University (SULAM). Inisiatif yang diambil oleh pasukan misi pasca banjir ini telah berjaya menerapkan nilai dan sikap suka membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan. Selain dari itu, kualiti kepimpinan mahasiswa juga telah diperkasakan dari aspek perancangan dan pelaksanaan sesuatu program. Tambahan pula, hubungan antara komuniti dan UiTM akan lebih erat dan harmoni kerana kesediaan untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72751.pdf]
Text
72751.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics