Secebis ujian kehidupan demi sebuah kesedaran / Jamil Mohamed Sapari and Amariah Hanum Hussin

Mohamed Sapari, Jamil and Hussin, Amariah Hanum (2022) Secebis ujian kehidupan demi sebuah kesedaran / Jamil Mohamed Sapari and Amariah Hanum Hussin. Buletin FPN. ISSN 2805-4539
Abstract

Ketika diuji dengan penyakit berjangkit yang menjangkiti diri sendiri dan keluarga, seringkali berasa betapa kerdilnya kita sebagai manusia yang tidak mampu melawan takdir Allah. Sesungguhnya memang benar lah sakit itu sebahagian dari kehidupan. Pepatah ada menyebut, sihat sebelum sakit. Dan Allah juga mengingatkan bahawa sakit itu penghapus dosa, sekiranya kita redha dengan ujian Allah.
Setelah sekian lama Allah kurniakan nikmat kesihatan yang tidak terperi, sehingga terlupa untuk mensyukuri nikmat yang seharusnya diraikan dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Justeru apabila Allah turunkan ujian kesihatan bersilih ganti, maka muhasabah diri yang sentiasa alpa dengan kehidupan duniawi ini. Ya solat, berpuasa, berzakat semuanya dibuat. Akan tetapi sejauh mana pengisian ibadah itu dibuat? Adakah cukup untuk memenuhi rukun Islam? Maka Allah rindukan hamba- Nya yang memohon rintihan pertolongan daripada-Nya. Allah rindukan hamba-Nya yang solat awal waktu, sentiasa berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, membaca Al-Quran, berinfak, berbuat baik sesama manusia dan segala amalan yang memberi manfaat kepada manusia dan alam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72743.pdf]
Text
72743.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics