Abstract
Ketika diuji dengan penyakit berjangkit yang menjangkiti diri sendiri dan keluarga, seringkali berasa betapa kerdilnya kita sebagai manusia yang tidak mampu melawan takdir Allah. Sesungguhnya memang benar lah sakit itu sebahagian dari kehidupan. Pepatah ada menyebut, sihat sebelum sakit. Dan Allah juga mengingatkan bahawa sakit itu penghapus dosa, sekiranya kita redha dengan ujian Allah.
Setelah sekian lama Allah kurniakan nikmat kesihatan yang tidak terperi, sehingga terlupa untuk mensyukuri nikmat yang seharusnya diraikan dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Justeru apabila Allah turunkan ujian kesihatan bersilih ganti, maka muhasabah diri yang sentiasa alpa dengan kehidupan duniawi ini. Ya solat, berpuasa, berzakat semuanya dibuat. Akan tetapi sejauh mana pengisian ibadah itu dibuat? Adakah cukup untuk memenuhi rukun Islam? Maka Allah rindukan hamba- Nya yang memohon rintihan pertolongan daripada-Nya. Allah rindukan hamba-Nya yang solat awal waktu, sentiasa berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, membaca Al-Quran, berinfak, berbuat baik sesama manusia dan segala amalan yang memberi manfaat kepada manusia dan alam.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Sapari, Jamil UNSPECIFIED Hussin, Amariah Hanum UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN S3 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | Kehidupan, kesedaran, muhasabah diri |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72743 |