Abstract
Talah banyak kajian tentang kain-kain tradisional dilakukan oleh pencinta-pencinta seni tanahair. Kesemuanya bertujuan untuk memperkayakan lagi pengetahuan masyarakat Malaysia tentang warisan budaya Melayu terda-hulu. Dengan cara itu diharap masyarakat lebih menghargai tinggalan nenek moyang rnereka dan terus memelihara warisan tersebut sampai bila-bila. Dengan adanya sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam pengkajian tekstil lama ini telah menimbulkan minat karyawan seni tanahair untuk membangun dan memberi nafas baru kepada industri tekstil tradisional. Dengan itu timbullah bermacam-macam hasil kraftangan yang diperbuat daripada tekstil tradisional ini. Tidak kurang juga, ada karyawaan yang mengaplikasikan rekabentuknya dalam seni moden. Tesis ini mendedahkan kepada pembaca satu bentuk seni moden yang tehasil daripada kajian penulis terhadap kain tenun tradisional. Tekstil yang dipilih adalah kain tenun Pahang dan rekabentuk seni moden yang ingin diperkenalkan adalah senireka fiber (tenunan masakini).
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghazali, Rasidah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Keywords: | fiber, tenun, Pahang |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72717 |
Download
72717.pdf
Download (128kB)