Mengkaji bentuk dan motif tempayan di Malaysia dan Indonesia / Noor Azlina Mohamed

Mohamed, Noor Azlina (1998) Mengkaji bentuk dan motif tempayan di Malaysia dan Indonesia / Noor Azlina Mohamed. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Bersesuaian dengan tajuk tesis ini, penulis telah membuat kajian melalui perbandingan yang berhubung dengan sejarah kebudayaan masyarakat di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Indonesia, yang mana pada masa lampau tempayan atau di Indonesia dipanggil tempayan 'Martavan' sudah mempunyai peranannya yang tersendiri bukan sekadar hanya suatu benda seni atau koleksi yang patut dikagumi dan dipelihara, tetapi pula merupakan suatu benda yang menyingkap adat istiadat dan cita rasa yang berbeza-beza dalam masyarakat yang terdahulu. Dalam tajuk ini, penulis telah mengambil kira mengenai sejarahnya yang tersendiri berserta teknik-teknik pengolahan nilai-nilai estetik seperti pembuatannya dan motif hiasannya kerana sifat-sifat luaran ini dapat diambil kira sebagai fungsinya yang tertentu dan secara kasarnya hitungan umur sesebuah tempayan. Maksud yang dinyatakan di sini, permulaan pembuatan tempayan nampak kasar dan tiada motif hiasan, pada masa pertengahan, kelihatan sedikit hiasan seperti jalinan guris dan sehingga kini ia menampakkan kehalusan pembuatan dari segi bentuk dan juga motif hiasan yang pelbagai.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Noor Azlina
94263712
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Saad, Siti Zaleha
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Sarjana Muda Kajian Seni Lukis Dan Seni Reka
Keywords: tempayan, Malaysia, Indonesia
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72676
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72676.pdf] Text
72676.pdf

Download (133kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

72676

Indexing

Statistic

Statistic details