Kajian ke atas lokasi dan sewa ruang pejabat: kes kajian Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru / Saharnaka Yasmain

Yasmain, Saharnaka (1996) Kajian ke atas lokasi dan sewa ruang pejabat: kes kajian Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru / Saharnaka Yasmain. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan satu kajian terhadap lokasi dan sewa ruangruang pejabat di dua kes kajian penulis iaitu Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan suatu gambaran menyeluruh mengenai sektar ruang pejabat di kedua-dua kes kajian tersebut. Ianya mencangkumi beberapa aspek penting seperti pasarannya, iaitu dari segi tren/arah alirannya masa kini dan juga akan datang, kadar permintaan, penawaran dan juga kadar penghuniannya. Namun begitu, pendekatan penulis dalam kajiannya lebih tertumpu kepada kajian terhadap faktor lokasi ataupun perletakan suatu bangunan pejabat dan kesannya terhadap kadar nilai sewa pada ruang-ruang pejabat yang bakal ditawarkan tersebut Di samping itu kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti beberapa faktor selain daripada faktor jarak dan lokasi tersebut yang boleh mempengaruhi nilai sewa bagj ruang-ruang pejabat di kedua-dua kes kajian tersebut. Selain itu, persoalan adakah faktor jarak akibat dari suatu lokasi atau kedudukan perletakannya ini telah diambil perhatian atau dititikberatkan dalam suatu pembangunan hartanah pejabat di bandar-bandar tersebut. Memandangkan sejak akhir-akhir ini, pembangunan dalam sektor hartanah jenis pejabat ini agak pesat berkembang terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru ini. Namun begitu bila ditinjau dari segi kepesatannya, kita tidak dapat nafikan bahawa Bandaraya Kuala Lumpur tersebut lebih ke hadapan dan pesat membangun berbanding dengan Johor Bahru.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yasmain, Saharnaka
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abu Bakar, Zainon
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: ruang pejabat, sewa, Kuala lumpur
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72674
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72674.pdf] Text
72674.pdf

Download (742kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

72674

Indexing

Statistic

Statistic details