Kajian isu dan masalah kawasan rekreasi kolam air panas di Selayang, Selangor / Salfarina Salleh

Salleh, Salfarina (2001) Kajian isu dan masalah kawasan rekreasi kolam air panas di Selayang, Selangor / Salfarina Salleh. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Bagi memberikan kesan yang sempurna di dalam menyediakan sesebuah kawasan rekreasi, maka perancangan yang dikakukan haruslah bertepatan dan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang sesuai dan bertepatan. la bagi mewujudkan sebuah kawasan rekreasi yang mampu memberikan keselesaan serta nilai-nilai kemasyarakatan dan sosial yang positif bagi kawasan kajian ini.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti segala isu dan masalah yang beriaku ke atas kawasan rekreasi kolam air panas ini dari pelbagai aspek termasuklah dari aspek fizikal, kunjungan serta serta aspek penyelenggaraan dan penguaisannya. Di dalam aspek-aspek ini, ia merangkumi kepada masalah penyediaan kemudahan awam, kemudahsampaian serta kebersihan dan pengurusan kawasan tersebut. Penemuan-penemuan isu dan masalah ini diperolehi daripada kajian yang dikakukan secara terperinci ke atas pengunjung, penduduk sekitar dan pihak berkuasa tempatan serta pihak pemaju bagi kawasan kajian tersebut. Setelah keputusan dan penemuan diperolehi daripada analisis yang telah dijalankan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan berdasarkan kepada teori-teori yang berkaitan. Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan ini ialah, penyediaan kemudahan awam dan kemudahsampaian untuk ke kawasan kajian. Di dalam penyediaan kemudahan awam ini adalah seperti tempat letak kereta, taman penmainan, surau, tandas, tempat berteduh dan kemudahan-kemudahan lain yang mengambil kira keindahan lanskap serta pengekalan keindahan alam semulajadi. Bagi memastikan kawasan ini menjadi suatu kawasan rekreasi yang menarik dan berkesan dari segi fungsinya, maka penyelenggaraan dan pengurusan kawasan tersebut perlulah dilakukan dari masa ke semasa oleh mana-mana pihak yang terlibat. Dengan berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan ini, diharapkan agar segala isu dan masalah yang berkaitan penyediaan kawasan rekreasi kolam air panas ini akan dapat diatasi.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salleh, Salfarina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Arshad, Ahmad Fuzi
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: air panas, Selayang, kolam
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72671
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72671.pdf] Text
72671.pdf

Download (146kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

72671

Indexing

Statistic

Statistic details