Kesan pengaruh pusat hiburan keatas golongan remaja masa kini: kajian kes di sekitar Bandar Melaka / Abdullah Buang

Buang, Abdullah (1994) Kesan pengaruh pusat hiburan keatas golongan remaja masa kini: kajian kes di sekitar Bandar Melaka / Abdullah Buang. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Kemajuan teknologi telah memberikan sumbangan yang besar kepada manusia hari ini. Kemajuan komputer khususnya telah memberikan perubahan yang besar kepada kemajuan dunia. Dari berbagai-bagai kemajuan yang diciptakan maka lahirlah satu bentuk permainan yang dinamakan 'permainan video' (video games). Permainan ini amat digemari oleh golongan dewasa, remaj adan kanak- kanak. Ia juga boleh diletakkan di dalam poket dan boleh di main di mana-mana dan juga pada bila-bila masa sahaja. Di dalam kemajuan yang telah diciptakan ianya telah memberikan sedikit sebanyak kesan buruk. Keburukannya ialah kekerapan mengunjungi pusat-pusat video khususnya golongan remaja yang akhirnya melahirkan satu gejala negatif. Antara gejala tersebut ialah keruntuhan moral para golongan remaja , kejadian jenayah-jenayah kecil, ponteng sekolah dan banyak lagi kesalahan dan pelanggaran disiplin sekolah telah ditimbulkan seperti melawan guru, peras ugut, berjudi dan lain-lain. Bagaimana pun tidak dinafikan video games ini juga dapat memberikan kebai kan. Di sekolah-sekolah umpamanya, ia di gunakan untuk pembentukan pemikiran murid-murid sekolah. Tetapi pada jangka masa yang panjang ianya telah mengakibatkan kesan yang buruk menyebabkan golongan remaja terlalu leka sehingga mereka mementingkan video games dari belajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72669.pdf]
Text
72669.pdf
Download (4MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics