Abstract
Penggunaan perkhidmatan bercorak videoteks sebagai salah satu sumber maklumat sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia. Namun begitu, sehingga kini tiada satu ukuran yang dapat menyatakan akan sejauhmana tahap penggunaannya sebagai satu sumber maklumat disini. Melalui penyelidikan yang sedemikian adalah diharapkan kita akan dapat mengetahui dan membuat ukuran tentang tahap penggunaan perkhidmatan yang bercorak videoteks khususnya perkhidmatan TELITA di Malaysia. Pengkajian ini antara lain ditumpukan kepada masalah yang timbul atau dihadapi oleh para pengguna, para penyumbang dan pihak TELEKOM Malaysia sendiri. Penyelidik yakin melalui hasil penyelidikan ini dapat membantumemperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan tahap penggunaan perkhidmatan TELITA ini sebagai satu sumber maklumat yang terkini. Skop penyelidikan adalah disekitar kawasan Lembah Kelang sahaja. Manakala, para responden pula adalah terdiri daripada pengguna TELITA sendiri, para penyumbang maklumat kepada perkhidmatan ini dan seterusnya dari pihak TELEKOM Malaysia sendiri. Adalah menjadi harapan penyelidik agar usaha-usaha yang yang murni ini dapat dijadikan sebagai asas yang baik untuk penyelidikan yang seterusya. Usaha penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat khususnya patut diteruskan pada masa yang akan datang.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Aminuddin 91326059 Baharom, Mohamad Zamri 91279893 Hassan, Zarina 91234181 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Sidek, Indahsah UNSPECIFIED UNSPECIFIED Wong, Tuck Cheong UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems > Malaysia Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information in specific formats or media > Electronic information resources |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Keywords: | Videotext; TELITA; TELEKOM Malaysia; Information System; Information Technology; Communication Networking |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72664 |
Download
72664.pdf
Download (141kB)