Abstract
Objektif utama kajiselidik ini ialah untuk mengetahui samada wujud atau tidak tekanan di kalangan pustakawan di perpustakaan-perpustakaan akademik dan awan di Malaysia. Namun ianya hanya melibatkan pegawai-pegawai ikhtisas atau professional dari kedua-dua jenis perpustakaan tersebut. Perpustakaan yang dipilih ialah Perpustakaan Universiti kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Penyelidikan ini hanya melibatkan tekanan di alam pekerjaan dan tembual berdepan. Tahap tekanan ahli professional dinilai dengan menggunakan ujian “likert-scale”. Dilihat dari kepentingannya, kajian ini dapat memberikan gambaran keadaan tekanan yang dialami oleh para pustakawan di perpustakaan akademik dan awam, mengesan punca-punca sebenar tekanan dan cara bagaimana mereka mengatasinya. Hasil penemuan penyelidikan membuktikan para pustakawan di kedua-dua jenis perpustakaan tersebut memang mengalami tekanan. Namun tahap tekanan yang mereka alami itu adalah pada peringkat rendah dan sederhana sahaja. Punca utama tekanan yang dialami oleh mereka adalah disebabkan kakitangan bawahan yang tidak melaksanakan tugasan dengan sempurna. Mereka juga bersetuju cara yang baik untuk mengatasi tekanan adalah dengan berbincang dengan rakan-rakan. Mereka juga berpendapat bahawa kerja dengan bersistematik dapat mengurangkan tahap tekanan. Dicadangkan agar pihak perpustakaan mengadakan ceramah, bengkel, forum dan sebagainya untuk kakitangan perpustakaan agar bengkel, forum dan sebagainya untuk kakitangan perpustakaan agar sekurang-kurangnya aktiviti sebegini dapat mengatasi masalah ini.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Manor, Che Munazura UNSPECIFIED Abdul Latif, Leni UNSPECIFIED Nazi, Noriah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Nadzar, Fuziah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Keywords: | perpustakaan, pustakawan, tekanan |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72481 |
Download
72481.pdf
Download (192kB)