Tujuan dan fungsi dalam konteks kesusasteraan rakyat dan cerita jenaka Melayu / Hazrul Mazran Rusli and Muhammad Abdullah

Rusli, Hazrul Mazran and Abdullah, Muhammad (2022) Tujuan dan fungsi dalam konteks kesusasteraan rakyat dan cerita jenaka Melayu / Hazrul Mazran Rusli and Muhammad Abdullah. Idealogy Journal, 7 (2): 15. pp. 146-153. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v7i2.368
Abstract

Sastera rakyat pada mulanya wujud dikalangan rakyat. Secara umumnya merujuk kepada kepada kesusasteraan rakyat daripada masa dahulu, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Cerita jenaka rakyat pula merupakan satu bentuk cerita yang popular dalam kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di dalam masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, juga terdapat pelbagai jenis cerita rakyat yang lain seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita jenaka rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui pertuturan yang berhubung langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Kajian ini memfokuskan kepada tinjauan pada dua aspek utama iaitu tujuan dan fungsi seperti definisi, makna dan ciri-ciri umum. Tinjauan ini memberikan pemahaman dan strukturnya, selain dokumentasi bertulis yang penting terhadap sejarah dan kesusasteraan melayu khususnya di Malaysia

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71896.pdf]
Text
71896.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Citations
2 Google Scholar Citations