Abstract
Sastera rakyat pada mulanya wujud dikalangan rakyat. Secara umumnya merujuk kepada kepada kesusasteraan rakyat daripada masa dahulu, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Cerita jenaka rakyat pula merupakan satu bentuk cerita yang popular dalam kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di dalam masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, juga terdapat pelbagai jenis cerita rakyat yang lain seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita jenaka rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui pertuturan yang berhubung langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Kajian ini memfokuskan kepada tinjauan pada dua aspek utama iaitu tujuan dan fungsi seperti definisi, makna dan ciri-ciri umum. Tinjauan ini memberikan pemahaman dan strukturnya, selain dokumentasi bertulis yang penting terhadap sejarah dan kesusasteraan melayu khususnya di Malaysia
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rusli, Hazrul Mazran hazru270@uitm.edu.my Abdullah, Muhammad muham725@uitm.edu.my |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 146-153 |
Keywords: | Kesusasteraan rakyat; Cerita jenaka melayu |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71896 |