Abstract
Institusi yang berasaskan Islam di Malaysia seperti Majlis Agama Islam Kelantan diasaskan oleh pihak British. Amalan umat Islam di Tanah Melayu sejak dahulu sememangnya telah meraikan budaya masyarakat. Namun begitu, elemen dan pengaruh Khawarij yang bertopengkan nama Salafi yang mengamalkan Islam secara ekstrem di beberapa negara luar, sedikit-sebanyak telah mencemar keharmonian Islam di Malaysia atas alasan mengembalikan umat kepada ajaran Islam yang sejati. Idealisme mensucikan umat Islam dipegang tanpa justifikasi ilmiah sehingga membenarkan langkah ekstrem terhadap semua yang tidak menerima ajaran mereka meskipun sesama kalangan umat Islam. Kelantangan mereka mula zahir sejak era 90an dan lama-kelamaan telah meresapkan pemahaman mereka di segenap lapisan masyarakat dan akhirnya mencemar nama Islam dan membawa kepada Islamofobia di Malaysia
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahim, Rahimin Affandi UNSPECIFIED Abd Razak, Muhd Imran imranrazak@uitm.edu.my Kahal, Siti Maimunah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 119-130 |
Keywords: | ekstremisme; Salafi Jihad; Khawarij; Islamofobia |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71880 |