Abstract
Anda biasa menyiapkan kertas kerja, tesis, jurnal menggunakan perisian Microsoft Word, tetapi kadangkala kerja-kerja penyuntingan dokumen, jadual, gambarajah dan penggunaan symbol matematik memeningkan anda? Apa kata anda cuba menggunakan perisian percuma Overleaf secara dalam talian menerusi pautan www.overleaf.com. Overleaf adalah perisian penyuntingan Latex berasaskan web dan mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa. Perisian ini boleh diakses di mana-mana sahaja menggunakan akses Internet kerana ia menggunakan storan dalam talian. Ia juga sangat mudah, menjimatkan masa, mesra pengguna, serta membolehkan pengguna berkolaborasi bersama rakan dalam menghasilkan suntingan pada fail atau projek yang sama. Antara kelebihan Overleaf yang lain ialah ia mampu membuat figurasi cerdik terhadap sistem penomboran yang terdapat dalam dokumen, mempunyai kemudahan untuk membuat rujukan kerana terdapat pautan yang membolehkan item-item dalam dokumen seperti sections, figures, tables dan bibliografi yang boleh dihubung dan dirujuk dengan mudah. Paling menarik, Overleaf juga mempunyai pelbagai templat tesis, kertas kerja, slaid pembentangan dari pelbagai universiti di seluruh dunia yang boleh terus diguna pakai dan dikongsi bersama.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamka Kamaroddin, Juliana UNSPECIFIED Yusof, Rozianiwati UNSPECIFIED Abdul Rahman, Normaziah UNSPECIFIED Baharudin, Suzana UNSPECIFIED Noradzan, Haslinda UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 9 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Overleaf, Latex editor, artikel |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71787 |