Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Nur Aini Ariffin and Mashitah Nordin

Ariffin, Nur Aini and Nordin, Mashitah (2022) Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Nur Aini Ariffin and Mashitah Nordin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) merupakan kurikulum baharu yang dibina secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan/ Yayasan Agama berdasarkan Kurikulum Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). KBD telah diiktiraf sebagai Kurikulum Kebangsaan pada tahun 2012 dan dilaksanakan di SABK secara berperingkat bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mulai tahun 2015. KBD adalah penggabungan Kurikulum Azhari yang telah diselaraskan dengan Kurikulum Kebangsaan sedia ada dalam arus perdana, digubal bermatlamat untuk menyediakan murid-murid yang seimbang dan cemerlang berasaskan naqli dan ‘aqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf (Bahagian Pendidikan Islam KPM, 2015). Pelaksanaan KBD mengekalkan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan sedikit perubahan dari segi peruntukan waktu minimum seminggu dan penambahan mata pelajaran Dini dalam Kurikulum Kebangsaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71733.pdf]
Text
71733.pdf
Download (581kB)
Indexing & Metrics