Abstract
Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) merupakan kurikulum baharu yang dibina secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan/ Yayasan Agama berdasarkan Kurikulum Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). KBD telah diiktiraf sebagai Kurikulum Kebangsaan pada tahun 2012 dan dilaksanakan di SABK secara berperingkat bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mulai tahun 2015. KBD adalah penggabungan Kurikulum Azhari yang telah diselaraskan dengan Kurikulum Kebangsaan sedia ada dalam arus perdana, digubal bermatlamat untuk menyediakan murid-murid yang seimbang dan cemerlang berasaskan naqli dan ‘aqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf (Bahagian Pendidikan Islam KPM, 2015). Pelaksanaan KBD mengekalkan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan sedikit perubahan dari segi peruntukan waktu minimum seminggu dan penambahan mata pelajaran Dini dalam Kurikulum Kebangsaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Nur Aini UNSPECIFIED Nordin, Mashitah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 9 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Bahasa arab, Kurikulum Bersepadu Dini, KBD, Sekolah Agama Rakyat (SAR) |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71733 |