Abstract
Drama Extraordinary Attorney Woo mengisahkan seorang wanita bernama Woo Young-woo yang baru memulakan kerjaya sebagai peguam di firma guaman terkenal Hanbada. Perkara yang menarik tentang Young-woo lalah beliau merupakan seorang austistik yang memiliki kepintaran luar biasa dan ingatan fotografik sehingga berjaya menjadi pelajar paling cemerlang di Seoul National University. Young-woo dibesarkan oleh bapanya, Woo Cwang-ho, yang tidak pernah berkahwin selama ini. Episod pertama bermula dengan menyorot kembali ke tahun 2000 ketika Young-woo masih berumur 5 tahun. Young-woo menyaksikan bapanya dipukul oleh Park Cyu-sik. Cyu-sik merupakan seorang yang panas baran, bermulut celupar, kuat cemburu dan sering menuduh Gwang-ho mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Choi Yeong-ran. 20 tahun kemudian, pada hari pertama bekerja, Young-woo telah bertemu semula dengan Yeong-ran [70 tahun) di firma Hanbada. Yeong-ran telah didakwa atas kesalahan cubaan membunuh suaminya (81 tahun) yang kini terlantar di hospital.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Anie Harahida UNSPECIFIED Lim, Jing Xie UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AP Periodicals K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
| ISSN: | 2811-3462 |
| Keywords: | provokasi, pembelaan, kes bunuh |
| Date: | November 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71677 |
