Peguam sebagai pemudahcara di dalam transaksi jual beli hartanah / Roshazwani Mohd Jamil and Mohd Syahril Ibrahim

Mohd Jamil, Roshazwani and Ibrahim, Mohd Syahril (2022) Peguam sebagai pemudahcara di dalam transaksi jual beli hartanah / Roshazwani Mohd Jamil and Mohd Syahril Ibrahim. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Pernahkah kita tertikir mengapa seseorang peguam itu perlu dilantik di dalam urusan jual beli hartanah? Tidak bolehkah sekiranya penjual dan pembeli yang menguruskan sendiri urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan peguam? Mungkin ada pihak memikirkan bahawa urusan transaksi jual beli hartanah boleh menjadi lebih jimat daripada melantik peguam kerana anda boleh menguruskan sendiri transaksi jual beli tersebut dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk didaftarkan di pejabat tanah di atas nama pembeli. Untuk pengetahuan anda, urusan jual beli hartanah ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Terdapat pelbagai keadaan di mana kehadiran peguam itu diperlukan untuk memudah cara urusan jual beli tersebut. Akan tetapi, anda perlu melantik peguam yang betul bagi memastikan hak dan kepentingan anda dilindungi. Peguam yang dipercayai untuk mengendalikan urusan jual beli hartanah anda ialah peguam yang mahir di dalam bidang ‘conveyancing’. Conveyancing bermaksud perkara-perkara yang berkaitan dengan dokumentasi dan urusan perpindahan hakmilik hartanah dari satu individu ke individu yang lain.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Jamil, Roshazwani
UNSPECIFIED
Ibrahim, Mohd Syahril
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > The legal profession
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: JUU LEX READ
ISSN: 2811-3462
Keywords: Peguam, pemudahcara, transaksi jual beli, hartanah
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71676
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71676.pdf] Text
71676.pdf

Download (3MB)

ID Number

71676

Indexing

Statistic

Statistic details