Hingar-bingar pasar pengalaman (2004): satu kritikan dalam memahami diri T. Alias Taib / Nur Nafishah Azmi and Ibrahim Jamaluddin

Azmi, Nur Nafishah and Jamaluddin, Ibrahim (2022) Hingar-bingar pasar pengalaman (2004): satu kritikan dalam memahami diri T. Alias Taib / Nur Nafishah Azmi and Ibrahim Jamaluddin. Idealogy Journal, 7 (2): 4. pp. 35-49. ISSN 2550-214X

Abstract

Hingar bingar merupakan keadaan bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk dan semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi tidak tenteram. Itu adalah perasaan seseorang apabila menjejakkan kaki ke pasar. Perasaan ini berbeza apabila penulis membaca Pasar Pengalaman (2004), daripada T. Alias Taib. Pasar yang diterjemahkan dalam buku Antologi Puisi Pasar Pengalaman (2020) adalah falsafah diri T. Alias Taib sendiri. Kajian ini akan membawa satu pelayaran kepada pengalaman yang telah dialami oleh T. Alias Taib pada ketika puisi ini dituliskan seterusnya membuktikan bahawa keadaan hingar bingar di pasar masih wujud sehingga saat ini. Bagi merealisasikan pelayaran kajian ini, kaedah yang akan digunakan adalah kritikan sastera yakni menggunakan tafsiran terhadap karya sastera dalam menganalisis, sambil melihat konteks yang kompleks untuk memberi pemahaman mengenai bagaimana puisi yang dipilih sesuai dengan pengalaman manusia yang tidak pernah pupus. Pelayaran pengalaman Pasar Pengalaman akan membawa pembaca sedar akan kewujudan falsafah diri T. Alias Taib masih hidup sehingga kini. Teori fenomenologi-rasa akan menjadi sandaran kepada kajian ini yang mana ia akan menjelaskan dua jenis struktur iaitu multi-layered dan quasi temporal. Ini akan ditambahkan lagi dengan penerangan rasa yang dijelaskan Bersama fenomenologi iaitu tuntutan kepada emosi. Proses ini akan memberi jawapan kepada memahami diri penulis puisi yang merupakan teras dan lambang keperibadian beliau dalam dunia serba moden. Diakhir pelayaran pengalaman ini, diharapkan ia menjadi satu titik tolak kepada pemikir di luar sana agar memahami dan menjiwai setiap bait puisi yang dihasilkan dengan rasa hati yang cerdik dan berlapang dada dengan pemahaman diri manusia. Falsafah diri ini merupakan ilmu yang perlu diamalkan kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azmi, Nur Nafishah
nafishah2610@uitm.edu.my
Jamaluddin, Ibrahim
ibrahim836@uitm.edu.my
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry
P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 35-49
Keywords: Puisi; Sastera; Falsafah; Diri; Fenomenologi-Rasa
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71663
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71663.pdf] Text
71663.pdf

Download (1MB)

ID Number

71663

Indexing

Statistic

Statistic details