Abstract
Anugerah Seni MIDF 2018 adalah lanjutan kesinambungan daripada Anugerah Seni MIDF 2017 yang pertama kali diadakan di mana acara penyampaian anugerahnya telah berlangsung di Menara MIDF Kuala Lumpur pada 13 November 2017 tahun lalu.
Bertujuan untuk menampilkan kreativiti bakat muda UiTM, pertandingan ini menggalakkan penyertaan aktif siswasiswi dalam menyertai pertandingan dan pameran yang akan membantu dalam membentuk portfolio kerjaya dan pengalaman siswa/siswi kelak. Menerusi hadiah dan anugerah yang ditawarkan ia bakal menyuntik semangat dan motivasi mereka sepanjang menceburi bidang industri kreatif dengan menghasilkan karya seni yang artistik dan berkualiti, memberi inspirasi kepada khalayak dan melonjak perkembangan industri kreatif negara, dan menyumbang pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.
Penganjuran Anugerah Seni MIDF 2018 juga adalah demi memartabatkan industri seni dan budaya yang kini diiktiraf sebagai aset baharu negara dalam segmentasi Ekonomi Kreatif (Creative Economy).
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Universiti Teknologi MARA, Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam |
Keywords: | Anugerah Seni MIDF 2018, pertandingan dan pameran, industri kreatif, ekonomi kreatif |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71659 |