Penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam keju sawit: 'trigokes'-trigona keju sawit / Afiza Tan Sali dan Fathmah Salim

Tan Sali, Afiza and Salim, Fathmah (2020) Penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam keju sawit: 'trigokes'-trigona keju sawit / Afiza Tan Sali dan Fathmah Salim. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kajian ini berkaitan penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam penghasilan keju sawit. Kajian ini bertujuan mempelbagaikan penggunaan santan sawit yang merupakan hasilan tempatan dan dapat membantu individu yang mempunyai alahan dengan produk daripada ternakan seperti susu dan keju. Objektif kajian adalah untuk menentukan kepekatan madu kelulut yang sesuai dalam penghasilan keju sawit menggunakan analisis penilaian deria oleh ahli panel (formulasi 1: 10%, formulasi 2: 15% dan formulasi 3: 20%). Objektif kedua untuk menentukan kandungan kelembapan, lemak kasar dan nilai ketengikan bagi formulasi yang terpilih. Dalam kajian ini santan sawit dipanaskan sehingga mencapai suhu 80 ˚C selama 15 minit. Seterusnya, bahan lain seperti gula dan madu kelulut ditambahkan. Campuran dibiarkan seketika untuk membolehkan kentalan terbentuk. Seterusnya campuran akan dilakukan proses pengasingan antara cecair dan kentalan yang terhasil. Kentalan yang terkumpul seterusnya digaulkan bersama garam dan disimpan di dalam peti sejuk. Hasil dapatan dari ujian sensori yang dijalankan oleh 30 ahli panel menunjukkan Formulasi 2 adalah paling diterima iaitu yang menggunakan 15% madu kelulut. Analisis kimia bagi formulasi 2 menunjukkan kandungan kelembapan adalah 44.81%, kandungan lemak adalah 56.31% dan nilai ketengikan adalah 4.7 yang dikategorikan rendah. Ini menunjukkan madu kelulut sesuai digunakan sebagai kultur pemula dalam penghasilan keju menggunakan santan sawit.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tan Sali, Afiza
afiza@polisas.edu.my
Salim, Fathmah
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural conservation
S Agriculture > SB Plant culture
S Agriculture > SB Plant culture > Field crops
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Journal or Publication Title: The 9th International Innovation, Invention and Design Competition 2020
Page Range: pp. 398-400
Keywords: santan sawit; madu kelulut; agen pengental
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71215
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71215.pdf] Text
71215.pdf

Download (573kB)

ID Number

71215

Indexing

Statistic

Statistic details