Abstract
Kajian akhir ini membincangkan mengenai laluan motosikal di lebuhraya. Aspek-aspek yang dibincangkan adalah dari segi kemudahan yang terdapat di laluan motosikal. Laluan motosikal di lebuhraya adalah satu pembinaan yang baru di negara Malaysia. Pada masa sekarang ini hanya Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam yang menyediakan laluan motosikal ini. Disamping itu juga, pada masa sekarang belum ada garis panduan penyediaan laluan motosikal di lebuhraya. Kemudahan asas mahupun awam seharusnya disediakan di laluan motosikal, dengan tujuan agar penunggang motosikal akan merasa selesa apabila menggunakan laluan motosikal. Sebagai salah satu usaha agar kewujudan sesuatu laluan motosikal tersebut dapat dimanfaatkan maka suatu perancangan yang teliti perlu diperkenalkan. Tujuannya adalah agar pembinaan laluan motosikal di lebuhraya tidak membazir dan disamping itu juga dapat memenuhi kehendak dan keperluan orang ramai. lanya juga sebagai satu langkah keselamatan kepada penunggang motosikal yang menggunakan lebuhraya sebagai laluan utama.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Muhamad Zaidi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Yusof, Fatimah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Roads |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah |
Keywords: | Sistem penyelenggaraan, laluan motosikal, keselamatan |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71016 |
Download
71016.pdf
Download (112kB)