Penghapusan lilin: sumbangannya dalam perusahaan tembaga di Terengganu / Aida Ahamad

Ahamad, Aida (2002) Penghapusan lilin: sumbangannya dalam perusahaan tembaga di Terengganu / Aida Ahamad. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Secara keseluruhannya, tesis ini merangkumi enam bab. Penekanan dalam tesis ini diberi kepada teknik penghapusan lilin yang dijalankan di Terengganu dalam penghasilan barangan tembaganya. Ini adalah kerana teknik tuangan jenis ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat Terengganu. Disamping itu juga dimuatkan serba sedikit tentang sejarah tuangan. Dalam bab pertama, diberi penerangan tentang sejarah tuangan. Selain itu bab ini memberi penerangan tentang tuangan tembaga serta huraian tentang sejarahnya. Masalah yang timbul dan ingin dihuraikan juga dimasukkan didalam bab ini. Bab kedua pula menghuraikan mengenai Terengganu sebagai pusat penghasilan barangan tembaga, faktor pengeluaran dan rekabentuknya. Masalah pengusaha juga dimasukkan yang mana amat memberi kesan kepada pengeluaran barangan tembaga di negeri ini. Bab ketiga adalah mengenai teknik penghapusan lilin bahan dan peralatan yang digunakan. Huraian penghasilannya juga diperjelaskan satu persatu. Di dalam bab empat di huraikan pula mengenai kegemilangan, keistimewaan dan sumbangan teknik penghapusan lilin dahulu dan sekarang. Bab lima adalah mengenai saranan pada permasalahan yang dihadapi.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahamad, Aida
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis Dan Seni Reka (Logam Halus)
Keywords: Barang tembaga, penghapusan lilin, Terengganu
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70997
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70997.pdf] Text
70997.pdf

Download (126kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70997

Indexing

Statistic

Statistic details