Penggunaan unsur bunga-bungaan pada hiasan kepala masyarakat Melayu / Juhaida Kasim

Kasim, Juhaida (1996) Penggunaan unsur bunga-bungaan pada hiasan kepala masyarakat Melayu / Juhaida Kasim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Hiasan kepala merupakan sebahagian daripada pelengkap dalam pakaian. Bukan setakat baju sahaja, ianya juga termasuk perhiasan di bahagian kepala, tangan dan kaki. Semua ini dapat didefinasikan sebagai termasuk salah satu aspek tambahan dalam fesyen pakaian. Bunga memainkan peranan yang penting dalam Masyarakat Melayu pula dijadikan subjek utama untuk memperkembangkan idea dalam penghasilan hiasan kepala sekaligus dimasukkan dalam pakaian supaya berpadanan dengan hiasan kepala yang dihasilkan. Pengkajian merangkumi penyelidikan ke atas sejarah awal hiasan kepala Masyarakat Melayu dan kaum Asli di Malaysia. Kaum Asli di Malaysia merupakan penduduk asal turun temurun. Mereka ini memang terkenal dengan pengekalan kesenian tradisi silam. Contoh penting yang patut diteladani disini pengekalan pemakaian bunga-bungaan samada di rambut dan juga diselitkan dicuping telinga sebagai perhiasan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Perhiasan kepala berkembang secara berperingkat-peringkat dipengaruhi aspek keagamaan, kebudayaan adat resam keturunan, pengaruh pemimpin dan pemerintah pada masa itu serta pengaruh-pengaruh lain samada disedari ataupun tidak. Pengaruh tersebut akhirnya membentuk suatu bentuk kesenian yang kini menjadi kebanggaan masyarakat sehingga kini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasim, Juhaida
92389030
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Musavir, Anas
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka
Keywords: Hiasan kepala, masyarakat Melayu, unsur bunga
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70969
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70969.pdf] Text
70969.pdf

Download (5MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70969

Indexing

Statistic

Statistic details