Abstract
Memang tidak dinafikan sebab utamanya adalah penyanyi atau kumpulan itu sendiri, semakin ramai peminat maka semakin tinggilah jualannya. Faktor yang kedua adalah muzik dan lagu yang terdapat didalam album tersebut berjaya menambat hati terfikirkah kita bahawa masyarakat pendengar. Tapi rekabentuk kulit album juga ada peranannya yang tersendiri dalam penjualan album. Jazz adalah aliran muzik yang luas yang berasal dari Amerika. Muzik Jazz ini sebenarnya dibawa oleh orangorang Negro dari Afrika yang datang berhijrah ke Amerika dan sekaligus mempopularkannya. Jadi tidak mustahil mengapa Jazz juga dikatakan sebagai 'Black Music'. Walaupun pada asasnya ia hanya dimainkan oleh orang kulit hitam dan hanya di bandar, Jazz juga dimainkan oleh semua bangsa di semua tempat termasuk di kawasan luar bandar. Pada mulanya Jazz merupakan satu jenis muzik yang selalu dimainkan di gereja-gereja oleh golongan kulit hitam ini. Selepas dari itu barulah ianya dikembangkan dan dimainkan di tempat-tempat terbuka dan khususnya di dalam pertunjukkan, perayaan dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Rozaidi 90242491 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd. Rahim, Roslan UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > ML Literature of music N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
Keywords: | Muzik jazz, perkembangan album, kulit album |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70967 |
Download
70967.pdf
Download (1MB)