Abstract
Tekstil Melayu tergolong sebagai satu bentuk kraftangan yang dihasilkan oleh kelompok masyarakat melayu, bagi memenuhi bahan keperluan harian atau dalam acara adat. Seni penciptaan tekstil ini berkembang mengikut perubahan sejarah, tamadun dan sosiologi manusia. Penghasilan dan penggunaan tekstil sebagai bahan pakaian bukan sahaja dilihat dari sudut fungsi tetapi dari sudut simbol dan keindahan. Penggunaan tekstil sebagai bahan pakaian bukan sahaja berkembang setelah benang dan proses tenunan mulai dikenali manusia tetapi lebih awal dari itu. Naluri manusia menghasilkan Tekstil dari kulit kayu dan daun-daun kayu untuk menghindar dari hujan (kesejukan) dan serangan serangga dan binatang lainnya. Manusia mencipta dengan sepenuh rasa. Pelbagai teknik, penggunaan bahan, bentuk, gaya dan motif hiasan tekstil menceritakan tentang kepekaan tukang dan seniman.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muanam, Fauziah 90613176 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Osman, Zaharah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Senireka Tekstil |
Keywords: | Kain telepuk, motif hiasan, tenunan |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70959 |
Download
70959.pdf
Download (1MB)