Abstract
Sejak dari dahulu kala lagi, permulaan sejarah, manusia telah mulai menghiasi apa sahaja yang di fikirkan perlu. Ujudnya rekacorak ini samaJLah usianya dengan kehidupan manusia itu sendiri. Adalah agak sukar sekali untuk mengesan permulaan cetakan di negara kita, malah di Eropah sendiri. Namun begitu cetakan "letter press11 daripada blok kayu dari negara Cina dipercayai adalah yang terawal sekali iaitu lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Di Eropah, permulaan cetakan dipercayai bermula disekitar abad pertengahan dimana Jerman merupakan negara yang pertama menggunakan cetakan blok. Diakhir pertengahan abad ke 18, gangsa dan tembaga telah digunakan bersama-sama dengan blok kayu. Manakala diabad yang ke 19, blok garisan yang lebih terperinci telah digunakan.Blok ini diperbuat dari besi, gangsa dan tembpga, dipakukan pada kayu dan lebih dikenali sebagai "coppered blocks11. Oleh kerana proses mencetak ini merupakan kerjatangan, semestinya ia tidak terlalu berat dan besar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sakijan, Danuri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
Keywords: | Cetakan, jenis-jenis teknik, unsur-unsur tradisional |
Date: | 1984 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70920 |
Download
70920.pdf
Download (6MB)