Proses 'Four Colour Separations’ dan katannya dalam membantu seni tampak. Tumpuan proses 'Four Colour Separations' dan kepentingannya dalam memperkembangkan seni tampak di Malaysia / Azian Tahir

Tahir, Azian (1992) Proses 'Four Colour Separations’ dan katannya dalam membantu seni tampak. Tumpuan proses 'Four Colour Separations' dan kepentingannya dalam memperkembangkan seni tampak di Malaysia / Azian Tahir. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Didalam penyediaan tisis ini, Penulis cuba mengkaji tentang apa yang boleh dilakukan oleh proses 'Four Colour Separation'. Selain dari menghasilkan cetakan yang kemas, cantik dan cepat. Penulis yakin bahawa dengan adanya proses ini dapatlah membantu perkembangan seni tampak kepada masyarakat Malaysia khasnya dan Dunia amnya. Penulis tidak mahu masyarakat di Malaysia hanya mengenali pelukis-pelukis atau seniman luar sahaja malahan pelukis-pelukis dan seniman tempatan tidak kurang hebatnya dan mereka harus mendapat tempat pada masyarakat Malaysia masa kini. Apabila memperkatakan tentang seni tampak, kita melalui perbagai-bagai zaman yang semakin lama semakin berkembang maju. Kita meneliti dan menghayati sesebuah karya dari pelukis-pelukis yang kita temui yang nama mereka telah menjadi suatu legenda kepada perkembangan serta pertumbuhan senilukis tanahair. Dan kita diharapkan dengan keperbagaian tema yang berkaitan terhadap masyarakat dan individu. Tema-tema yang diperbentangkan ini memberi satu pengajaran atau pedoman untuk masyarakat itu sendiri. Jika kita selidik tentang tema-tema seni tampak yang dibawa oleh seseorang pengkarya kita dapati dengan jelas yang tema-tema ini berdasarkan kepada pengalaman dan peristiwa-peristiwa semasa yang berlalu. Pelukis sedaya upaya meletakkan ekspirasi dan penceritaan yang sebenar kepada penghayat seni.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70903.pdf]
Text
70903.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics